Cabang perundangan Politik_Argentina

Oleh sebab negara ini mengamalkan sistem kerajaan persekutuan, terdapat dua buah badan untuk pentadbiran keadilan: sistem kehakiman di peringkat nasional dan sistem kehakiman di peringkat wilayah-wilayah. Kawasan di setiap wilayah adalah di bawah bidang kuasa setiap sistem kehakiman di peringkat wilayah, manakala sistem kehakiman nasional mempunyai bidang kuasa atas kesemua wilayah di seluruh negara Argentina dan Ibu Kota Persekutuan. Di samping itu mahkamah ini boleh menangani masalah di luar bidang kuasa asalnya, seperti konflik-konflik antarabangsa atau konflik-konflik yang melibatkan dua atau lebih wilayah-wilayah di Argentina.

Kedua-dua sistem mengiktiraf tribunal yang tertinggi iaitu Mahkamah Agung Supreme Court of Justice, yang dianggotai sembilan ahli (“menteri”), yang dilantik oleh Presiden dan diluluskan oleh Senat. Menteri-menteri tersebut pula akan memilih seorang Presiden di kalangan mereka pada waktu tertentu. Mahkamah agung biasanya akan mengadili kes-kes yang melibatkan isu persekutuan ataupun perlembagaan negara.

Di bawah Mahkamah Agung terdapat beberapa mahkamah istimewa yang dikhususkan untuk isu-isu tertentu dan mahkamah ini dipanggil forum (fueros). Terdapat banyak jenis forum kebanyakannya adalah forum sivil dan jenayah. Selain itu terdapat forum untuk pentadbiran, keluarga, buruh, perdagangan dan sebagainya. Secara amnya tiga forum yang boleh didapati di kesemua wilayah di merata Argentina adalah sivil, jenayah dan buruh.

Bergantung pada hierarki, hakim dilantik melalui beberapa mekanisme yang berbeza.

Presiden berhak melantik seorang ahli Mahkamah Agung sekiranya terdapat kekosongan. Namun, Senat perlu bersetuju dengan keputusan tersebut.

Walaupun begitu, para hakim di mahkamah rendah adalah dicadangkan kepada Senat oleh satu badan khas yang dipanggil Majlis Hakim-Hakim (Consejo de la Magistratura) selepas mencalonkan tiga calon. Majlis ini yang diwujudkan oleh Perlembagaan, terdiri dari ahli-ahli Kongres, Mahkamah Agung dan beberapa persatuan profesional.